Dec 9, 2011

Jantan tak guna

Aku kira, dah hampir separuh tahun,
Kau muncul kembali.

Kau datang,
kau tekan butang follow.
Aku fikir,
Kau datang nak sambut aku kembali.

Tapi,
Kau datang nak tunjuk kau dah bahagia?
Bangga kah diri mu?

Kadang kala aku terfikir,
Kau berikan nya janji yang sama,
Yang kau katakan pada ku?

Takpe,
Aku faham.
Aku bukan bodoh,
Menagih cinta yang tak pasti.

Ku tak perlukan memori,
Dan kau tak perlu kembali.

Maaf, kau tak patut hadir.
Sedarlah kau tak dijemput.

Kisah kita, sudah selamat aku kapankan.