Dec 2, 2011

Terpalit

Hati dia lopong.
Sebab anak mata dia kosong.

Cara dia lihat orang bukan lagi seperti dulu. Maknanya hati dia kini dihuni peritnya pilu. Entah. Aku mula rasa tak guna. Dasar lelaki tak guna.

Aku akui. Insan bernama lelaki. Aku mula anti sejak peristiwa pahit tercalit kat dada aku ni. Luka. Parut. Masih berbekas. Masih berdarah. Bernanah. Setia? Bodoh barangkali setia pada cinta yang masih berpaling pada kekasih lama. Kekasih pertama masa di tingkatan? Benar benar bodoh.


Mungkin sebab tu aku masih tiada teman setia. Masih. Mungkin sebagai langkah berjaga-jaga. Walaupun aku sedar. Banyak hati telah aku lukai. Walaupun aku tahu. Ucapan maaf dari mulut ku is nothing.

Aku lagi sanggup dihumban sakitnya pada yang belum terjadi. Daripada aku terseksa didera peritnya pada yang akan berlaku pasti. Sebab sakit aku yang pikul. Perit aku yang tanggung.

Kuatkan Mama untuk aku. Allah.