Mar 11, 2015

Bila lapar perut berbunyi

Ada suatu masa,
Bila semuanya nampak sempurna
Bila kau rasa gembira.

Dan suatu hari kau terfikir,
Bagaimana yang sempurna jadi durjana.
Dan kau mula salahkan diri.

Benci cuba kuasai diri,
Kesakitan jadi bebanan,
Jatuh tanpa pegangan.

Kau mula hiaskan diri dengan garis-garis halus,
Kau tambah seksa diri.

Tetapi kau mahu berubah,
Kau mahu yang buruk jadi baik.
Kau cuba dan cuba.
Kau kena sabar.
Ini satu proses.