Mar 17, 2015

Sayu

Lama tak bersua muka.

Aku kira nak masuk 7 tahun, atau 8.

Mereka pergi. Seorang demi seorang. Sahut seruan Ilahi.



2008, aku masih ingat.

Sehari sebelum harijadi aku ke-13.

Yang paling garang, paling aku rapat, yang pertama pergi.

Aku ingat lagi. Aku cuba curi duit 5 ringgit. Kantoi dengan pakcik, bising 1 kantin sekolah.

Tau apa aku kena?

Dia hulur aku 50 ringgit, halau aku balik rumah. Ah, kenangan!



2015, aku singgah rumah saudara-mara dia.

Umi cakap panggil Tok. Tok nyanyuk. 2, 3 kali ulang benda sama.

Aku sengeh. Aku layan je.

Tok cakap aku comel. Makin lebar aku sengeh!


Perlahan. Aku tatap muka Tok.

Aku rasa sayu. Aku toleh Mama kat sebelah.

Nanti Mama akan jadi macam Tok.

Aku takut. Aku rasa nak menangis.

Sempat tak aku nak balas jasa Mama, Ayah?