May 16, 2015

Ah

Aku tension. Serba tak kena. Hampir semua tak kena. Ni jenis perempuan nak datang bulan. Aku pun menyampah jadi perempuan ni. Emosi lebih.

Huhuhu

Hari-hari ok aku tension bila aku nak habis belajar
Bila aku nak ada laki
Bila aku nak beranak
Bila aku nak pegang duit sendiri yang banyak
Bila aku nak ada kereta sendiri (Beetle please)
Bila aku nak ada rumah besar sendiri
Bila aku nak hantar mama ayah gi mekah
Bila aku nak masuk butik lepastu cakap
'Ok mama ayah pilih lah yang mana suka, kakak belanja'

Cuba cakap bila?

Ye, aku tahu Tuhan dah susun atur baik hidup masing-masing. Cuma lambat dan cepat je Dia makbulkan doa. Kan seronok kalau kita dapat tahu Tuhan dah plan apa untuk kita? Hihi

Semalam jumpa Teacher Rafidah Ali kat Mesramall, dia tanya
'Lepasni dah habis belajar dah kawin, nak buat apa?'

Aku jawab
'Saya buat kilang baby je lepasni, Teacher'