May 21, 2015

Jangan nak simpan sangat

Ceritanya sekarang aku tengah cuba.

Bila marah, aku nak jadi pendiam.
Bila sedih, aku cuba tak menangis.

Pendam.
Ya, pendam.
Benda yang bahaya. Sangat bahaya.
Orang kata 'diam diam ubi berisi'.

Hati umpama kotak.
Segala jenis baju, seluar, baju kecik, seluar kecik dan beberapa jenis pakaian lagi.

Disumbat.
Disodok.
Ditonyoh.

Makin lama makin dalam. Penuh. Ditonyoh lagi. Penuh dan hampir meletup kotak itu. Akhirnya koyak. Keluar segala toknenek yg disumbat tadi. Puas berusaha tetapi hasilnya menyusahkan diri sendiri semula.

Barang yang disumbat umpama benda yang dipendam. Pendam lah selagi boleh. Tapi jejaga, satu hari dia akan meletup.

Bahayanya kau takkan sedar.

Kenapa tak kau luahkan?
Tepuk dada, tanya diri.