Dec 20, 2016

My precious moments

Masih ingat satu persatu. Yang aku pasti takkan lupa.

Ceritanya aku dan husband tak pernah kenal tak pernah jumpa pun sebelum ni. Siapa sangka perkenalan yang singkat boleh bawa ke jinjang pelamin? Hiks

It all happened like two years ago. End of 2014 and I was 19 back then, tengah struggle nak habiskan diploma. Arwah abah dan umi, his parents merangkap kawan lama ayah singgah rumah malam tu. Kisah yang tak berapa nak manis buat aku sebab aku selekeh gila hantar air masa tu. Kau bayang t-shirt besar, seluar tidur comot dan tudung indon aku sarung? Sampai sekarang aku masih tak boleh nak brain macam mana umi boleh terpikat dengan 'keayuan' aku malam tu. Hahaha

Well, jangan salah faham. Kami kahwin bukan atas percaturan keluarga, mahupun desakan keluarga. Cuma kami kenal melalui keluarga. Yang lain usaha sendiri lah. Siapa yang nak kahwin kan?

Mulanya dia add Facebook. Aku approve terus aku dm. Gatal. Tapi dia tak reply. Langsung. Time ni rasa macam nak tepek bedak sejuk tebal-tebal kat muka! Bukan hampa, tapi malu! Haruuu. Tak lama lepastu dia Whatsapp personal. Lega!