Dec 5, 2016

Mengandung?


Dulu sebelum kahwin langsung tak sempat nak fikir pasal anak. Bila dah kahwin tengok orang yang tak sampai sebulan kahwin pun dah bunting. Tergerak jugak hati nak ada anak.

2 bulan usia perkahwinan. Macam-macam orang tanya. Tak kurang juga pada yang memerli. Gurauan dalam sindiran. Tahu. Tipu lah tak sedih.

Aku termenung. Rupanya gini lah perasaan pasangan yang dah lama kahwin tapi masih tak punya anak.

Perlu ke aku stress? Dengan usia perkahwinan yang masih terlalu mentah lagi aku kira. Aku pula tengah praktikal time ni. Kerja dekat port kepala kusut tuhan je tahu. Keluar rumah 7 pagi, balik 6 petang. Suami dah tercongok depan pintu tunggu bini balik. Tapi dia senyum je.

Alhamdulillah. Aku dikurniakan suami yang benar-benar memahami. Dari segi makan, pakai, kewangan and social life. Biasalah darah muda. Merepek banyak.

Aku usap perut sedapkan hati. Anak ni anugerah daripada Allah. Ada anak itu anugerah. Tiada anak pun anugerah. Cepat atau lambat semua kerja Allah. Jangan kita persoalkan. Mana tahu mungkin Allah bagi rezeki lambat sikit supaya kita boleh baiki diri ke arah yang lebih baik, untuk jadi ibubapa yang baik-baik. Mungkin rezeki celah lain masuk lebih berganda. Kita siapa nak pertikai kerja Allah. Kan?

***
Time tu bulan puasa. Tinggal lagi seminggu nak raya. Dah langkah period due. Firasat dah lain macam. Naluri ibu tu kuat benor mencucuk. First time dapat puasa penuh sepanjang 21 tahun bernafas. Eksited dia lain macam.

Aku cuba rileks.

1 July
Aku masih ingat. Sebenarnya aku kurang yakin nak test. Risau hampa lagi. Kepala dah kusut.

Tengah hari suami pergi solat Jumaat. Aku dah nekad aku tak peduli! Biasa orang test pagi air kencing pertama ni aku nak test tengah hari, air kencing ke berapa kali entah. Ah, pedulik.

Sebelum jejak kaki ke toilet, macam-macam dah doa aku baca. Berdebar ok. So results:


It's double line gais! Which means. I. AM. POSITIVELY. PREGNANT! Menangis tak henti. Semua kuasa Allah. Syukur alhamdulillah.

Usai solat zohor, suami dah balik. Suami masuk bilik aku terus tercongok duduk depan dia cakap pasal pregnant. Dia tenang je respond, "Yeke ayang?" Cis, tak eksited langsung. Siap baring sebelah main henpon sambil senyum senyum lepastu peluk aku. Ah, rupanya dia google pasal pregnancy. Comel!

Kiri gambar test kit seringgit beli kat rumah orang sebab cousin suggest. Kanan beli kat farmasi yang mahal sikit sebab tak caya punya pasal. Haha. Alhamdulillah time ni dah 4-5 weeks pregnant. Based on the last first day period. Lagi lah eksited bapaknya pun. Terus ajak pergi klinik check doctor. Sayangnya hampir semua klinik tutup hari jumaat. Hampa sikit. Tapi tetap happy!